Pelajar diseru tingkatkan kecemerlangan diri

BINTULU: Kejayaan bukan datang secara bergolek tetapi disusuli dengan iltizam yang tinggi bagi mencapai cita-cita yang diimpikan.

Itu kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip yang menyatakan bahawa tiada jalan singkat untuk mencapai kecemerlangan dalam konteks pendidikan melainkan individu itu berusaha gigih mencapai matlamatnya menjadi seorang yang berjaya.

Beliau berkata jika seseorang pelajar itu mahu berjaya dalam pelajaran, maka mereka perlu berusaha gigih akan berjaya dalam pelajaran dan jika benar-benar berlaku, tidak mustahil mereka boleh mengubah kehidupan sedia ada ke arah lebih baik.

Tambahnya lagi, pelajar harus mengenal pasti peluang dan ruang meningkatkan kecemerlangan dalam diri.

“Paling penting ialah mereka perlu membuat pilihan atau keputusan tepat bagi memperolehi kejayaan kerana ia tidak akan datang bergolek tanpa sebarang tindakan atau usaha,” katanya semasa merasmikan Hari Keluarga PERYATIM Bintulu di Kompleks PERYATIM Bintulu, di sini.

Pada majlis tersebut, Talib turut menyampaikan anugerah kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum kepada anak-anak PERYATIM Bintulu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak