Pelihara adat resam, budaya masyarakat Bidayuh

PADAWAN: Pelbagai program telah diadakan di kawasan Mambong sebagai usaha memelihara adat resam dan budaya generasi masyarakat Bidayuh bagi menarik minat pelancong.

Penyandang kerusi Dun Mambong Datuk Dr Jerip Susil berkata, ia termasuk mengadakan acara kebudayaan kerana ia merupakan salah satu usaha penting untuk menonjolkan budaya kaum kepada orang ramai di samping menjadi daya tarikan.

“Karnival Kebudayaan Bengoh merupakan antara acara awal kebudayaan yang dilaksanakan komuniti Bidayuh bagi memperkenalkan budaya kaum tersebut kepada orang ramai termasuk generai baru.

“Antara yang diadakan pertandingan gong, pakaian Bidayuh, pada masa sama menonjolkan ikon terkenal iaitu ‘Bidayuh Gold Ring Ladies’,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Taklimat dan Simulasi Jentera Pilihan Raya Dun Mambong, di Dewan St. Paul’s Parish, hari ini.

Katanya, Dun Mambong juga mempunyai beberapa persatuan dari generasi yang sudah mahir berkaitan kebudayaan, muzik, atur cara dan sebagainya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak