Peluang SU FC II rampas kedudukan

KUCHING: Pertembungan dua skuad pilihan Sarawak United FC II (SU FC II) dan Kuching City FC II (KC FC II) di Stadium Sarawak, Petra Jaya esok, pastinya menjadi tumpuan.

Kedua-dua jiran tetangga itu kini mempunyai misi tersendiri.

The City Boys Junior (KC FC II) pasti mahu menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Selatan dengan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas.

Begitu juga dengan SU FC II yang setentunya cuba memburu kemenangan bagi mengintai peluang merampas kedudukan teratas.

Meskipun pada hakikat skuad SU FC II perlu menang dengan sekurang-kurangnya difisit tujuh gol.

Pengurus SU FC II Phillip Jabu menegaskan,mereka sudah menyediakan strategi khas untuk diguna pakai pemainnya petang esok.

“Saya percaya tugas berat menanti pemain, namun kami sudah bersedia untuk menghadapi gelora sebenar dari KC FC.

“Apa yang kita harapkan, pemain dapat menterjemahkan pelan dengan sebaik mungkin untuk memastikan tiga mata dapat diperoleh,” ujar Phillip kepada Arena Sarawak.

Suara Sarawak