Pemimpin PBB diseru bersedia hadapi PRN-12

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang akan berlangsung dalam situasi pandemik Covid-19 dilihat sebagai satu cabaran besar bagi parti-parti yang bertanding.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas menyeru pemimpin serta penyokong Parti Pesaka Bersatu (PBB) untuk sentiasa membuat persiapan.

“Akan lebih banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh semua calon yang bertanding dalam PRN nanti.

“Sebarang perhimpunan untuk tujuan berkempen akan disekat sebaliknya pengunaan platform media sosial, persidangan video dan lain-lain untuk menyampaikan mesej kepada pengundi akan diutamakan” jelasnya.

Uggah yang juga Timbalan Presiden PBB berkata demikian pada sesi dialog bersama penduduk di Rh.Legum di Serugup, Debak, semalam.

Tegasnya, setiap calon yang bertanding perlu mempunyai kemahiran pembentangan yang baik dan mengetahui maklumat terkini mengenai dasar dan rancangan kerajaan untuk memenangi sokongan rakyat.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak