Penganggur didenda ugut bunuh anggota polis, tentera

KUCHING: Seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan melakukan jenayah ugut bunuh terhadap seorang anggota polis dan seorang anggota tentera yang sedang bertugas, Mei tahun lalu.

Norzahit Saufi, 46, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan jenayah ugut bunuh terhadap Koperal Julius Peter Kun dan Neal Roger Julie di hadapan sebuah kedai haiwan di Jalan Samariang Batu di sini, kira-kira jam 6.06 petang, 17 Mei 2020.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu bersama rakan setugas dikerahkan ke lokasi kejadian di Jalan Samariang Batu mengenai terdapat individu sedang membuat kekacauan di hadapan kedai barangan haiwan.

Setiba di lokasi kejadian, tertuduh yang berada di bawah pengaruh alkohol diarahkan beredar dari kawasan kedai berkenaan namun enggan berbuat demikian.

Pengadu kemudian membuat tangkapan terhadap tertuduh untuk tindakan seterusnya.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon mahkamah agar tertuduh dijatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak