Perkampungan Digital Tegas platform usahawan baharu Sarawak

KUCHING: Perkampungan Digital Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) akan menjadi tapak permulaan usahawan baharu dan belia di negeri ini, kata pengerusinya Datuk Len Talif Salleh.

Menurutnya, perkampungan tersebut akan menjadi platform untuk pertumbuhan permulaan serta mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan, selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022.

“Inisiatif di sini merangkumi program pecutan dan peningkatan pertumbuhan, pengkomersialan R&D, akses pasaran dan kemudahan pembiayaan, inovasi korporat dan peningkatan ekosistem serta sokongan Harta Intelek (IP),” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Perkampungan Digital yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Tambah Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar itu, belia yang berminat dalam inovasi digital dan keusahawanan harus merebut peluang tersebut demi pembangunan masa hadapan negeri ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak