Piala Malaysa 2021: Kuching City FC tetap beri tentangan

KUCHING: Pengurus Kuching City FC (KC FC) Ideris Untong memberitahu, pemainnya akan memberi tentangan sengit terhadap Perak FC pada perlawanan di Stadium Perak, Ipoh malam esok dalam misi meraih mata.

Meskipun keinginan untuk berada dalam kelompok dua pasukan terbaik Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2021 sudah tersasar dari landasan sebenar.

“Tetap akan beri tentangan sengit kepada Perak FC malam esok walaupun sebarang keputusan tidak memberi kesan apa-apa.

“Seandainya kemenangan mampu dicapai, sekurang-kurangnya ada buah tangan buat pemain untuk dibawa balik ke Kuching,” ujar Ideris kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, beliau optimis pemain mampu mencuri sebarang mata pada perlawanan malam esok.

Mengambil kira barisan kesebelasan terbaik yang akan dipertaruhkan ketua jurulatih (Irfan Bakti Abu Salim) bagi mengharungi tempoh 90 minit permainan sebenar.

“Semua pemain bebas dari kecederaan mahupun penggantungan dan tiada masalah untuk Irfan Bakti menurunkan rangkaian kesebelasan terbaiknya,” jelas Ideris.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak