KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching City FC (KC FC) Irfan Bakti Abu Salim mengakui, kemenangan tetap menjadi fokus pasukannya pada aksi penutup peringkat kumpulan menentang Terengganu FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.
Meskipun, sebarang keputusan diperoleh pada perlawanan tersebut tidak memberi sebarang makna, beliau tetap mahukan kemenangan.
“Kita tahu prestasi pemain berada dilandasan terbaik ketika ini.
“Justeru, diharap misi untuk terus mencetak keputusan terbaik akan berjalan lancar sepenuhnya,” tegas Irfan kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Irfan, walaupun perlawanan malam esok lebih kepada pelengkap jadual semata-mata.
Namun, beliau tidak akan menurunkan skuad kedua bagi menghadapi gelora dari pantai timur itu.
“Kesebelasan sama akan dipertaruhkan untuk perlawanan malam esok” tambah Irfan lagi.