Piala Malaysia 2021: SU FC akan lebih waspada

KUCHING: Meskipun kembali menemui rentak untuk mencetak sebarang mata pada pertemuan menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur malam esok.

Ia bukan gambaran jalan mudah buat skuad Sarawak United FC (SU FC) merealisasi misi itu, sebaliknya pengemudi E. Elavarasan tetap memberi peringatan kepada anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada.

“Kita tahu prestasi Sri Pahang FC ketika ini semakin meningkat.

“Dari itu, saya mengingatkan kepada pemain agar perlu berwaspada dengan ancaman pemain pasukan tuan rumah, ” ujar Elavarasan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Elavarasan, beliau percaya pemain pasukan tuan rumah akan tampil dengan corak permainan lebih agresif untuk cuba memastikan kemenangan dengan tiga mata mutlak.

Dalam pada itu, Elavarasan mengakui tiada perubahan terhadap barisan kesebelas utama untuk perlawanan malam esok.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak