Piala Malaysia 2021: SU FC kekal optimis

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC), E.Elavarasan tidak bimbang disebalik kekalahan tipis (2-1) dialami pasukannya ketika menentang Penang FC malam tadi.

Keputusan tersebut tidak menjejaskan kedudukan SU FC yang sudah pun layak ke suku akhir kempen Piala Malaysia 2021.

“Memang kita tidak memikir sangat keputusan perlawanan malam tadi kerana saya banyak merehatkan pemain utama,” ujar Elavarasan ketika mengulas mengenai perkara itu.

Apa yang penting tegas beliau, cuba mengalih fokus kepada aksi kalah singkir (suku akhir) menentang Terengganu FC Ahad ini (14 November).

“Buat masa sekarang kita fokus kepada perlawanan suku akhir hujung minggu ini,” tambah Elavarasan.

Perlawanan malam tadi menyaksikan SU FC terlebih dahulu berada di depan menerusi gol dijaringkan Christie Jayaseelan Devasagayam minit ke-7.

Sambil dua gol Penang FC dijaringkan oleh Muhammad Safri Muhammad Firdaus Chew minit ke-12 dan Mohamad Amer Azahar minit ke-43.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak