Piala Malaysia 2021: SU FC tersingkir

KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) akhirnya terpaksa mengucap selamat tinggal kepada kempen Piala Malaysia 2021.

Ia berikutan kekalahan (4-2) dialami nak-anak buah E.Elavarasan pada aksi suku akhir kedua menentang Terengganu FC di Stadium UiTM Shah Alam malam tadi.

Sekal gus, tewas dengan agregat (6-3).

“Kita terima situasi ini dengan rasa terbuka walaupun perit untuk diratapi,” ujar Elavarasan ketika dihubungi Arena Suara Sarawak.

Elavarasan akui ketiadaan beberapa pemain utama pada perlawanan itu sedikit sebanyak penyumbang kekalahan tersebut.

Selain perbezaan status barisan kendaliannya dengan pasukan Terengganu FC yang beraksi di Liga Super 2021.

“Kita tahu Terengganu FC antara pasukan terbaik dalam Liga Malaysia 2021.

“Kalau kami turun dengan barisan yang lengkap di semua posisi, belum tentu situasi ini terjadi,” tambah Elavarasan.

Apa pun, beliau tetap menghambur pujian terhadap pemainnya kerana telah berusaha sebaik yang mungkin.

Dua gol SU FC dijaringkan Sandro Da Silva Mendona minit ke-71 dan Uche Agba minit ke-89

Sambil empat gol Terengganu FC dijaringkan Jordon Mintah minit ke-2, Mohamad Faisal Abdul Halim minit ke-12, Mohd. Faiz Mohd. Nasir minit ke-45 dan Habib Haroon Haroon Saed minit ke-64.

Suara Sarawak