PRN-12: Pengundi PUI, PUS perlu mohon kebenaran Pegawai Kesihatan Daerah

KUCHING: Pengundi berstatus kontak rapat (PUI) dan di bawah pemerhatian (PUS) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian berkenaan.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak, ia bagi membolehkan pengundi keluar sementara ke Pusat Mengundi.

“Kebenaran ini adalah tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh Pegawai Kesihatan Daerah tersebut dan pengundi perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam SOP yang dikeluarkan, hari ini.

Mengulas lanjut, SOP itu menegaskan individu yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C, batuk, sakit tekak atau susah nafas perlu diasing dan ditempatkan di tempat khas (khemah khas untuk memangkah) untuk tindakan lanjut.

“Bagi pengundi bergejala, selepas mengundi mereka akan diuruskan oleh Pegawai KKM yang bertugas untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

“Semua pengundi yang hadir untuk mengundi perlu menggunakan cecair pembersih tangan tempat-tempat yang disediakan seperti khemah saringan pusat mengundi, pintu masuk saluran dan pintu keluar pusat mengundi

Dalam pada itu, petugas pilihan raya hendaklah memastikan penjarakan fizikal dikekalkan sewaktu mengendalikan pengundi yang menggunakan kerusi roda dan mesti disanitasi setiap kali selepas digunakan.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak