PRN-12 Sarawak: Permohonan undi pos dibuka

KUCHING: Permohonan undi pos luar negara dan dalam negara bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak telah dibuka bermula 8 November sehingga
24 November ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata ia bagi permohonan undi pos untuk pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan).

“Manakala untuk kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media) pula dibuka bermula 24 November 2021 sehingga 3 Disember 2021,” katanya selepas Mesyuarat Khas bagi PRN-12 Sarawak, di sini hari ini.

Beliau menambah permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dilaksanakan secara dalam talian berbanding secara manual sebelum ini.

Abdul Ghani berkata permohonan untuk mengundi secara pos boleh dilakukan melalui MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my.

“Pemohon dinasihatkan agar memohon lebih awal apabila tarikh permohonan dibuka bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan,” katanya.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak