PRN Sarawak: Adun Mambong Jerip Susil sudah bersedia sejak 2016

PADAWAN: Penyandang kerusi Dun Mambong, Datuk Dr Jerip Susil telah membuat persiapan menghadapi pilihan raya sejak tahun 2016 lagi.

Menurutnya, sejak beliau mendapat mandat daripada rakyat di konstituensinya, beliau telah menggerakkan pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

“Penduduk sudah tahu bahawa Kerajaan Sarawak telah memberi banyak kemajuan kepada setiap kampung.

“Persediaan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) telah bermula sejak lima tahun lalu dan kini kita hanya perlu menunggu pengumuman dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tarikh pengumuman calon dan hari pembuangan undi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Input Pertanian di bawah Program Fasiltasi Pertanian Dun Mambong di Dewan Serbaguna Kampung Assum, di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Jerip, dari segi persediaan, beliau tidak berdepan dengan masalah kerana telah lama membuat persiapan menghadapi PRN Ke-12.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak