PRN Sarawak: Hazland, Fazzrudin dikekalkan

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan mengekalkan penyandang Dun Demak Laut, Dr Hazland Hipni dan Dun Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman untuk mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) ini.

Beliau mendedahkan perkara tersebut dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Kejiranan Mesra 2021 (KJM 2021), di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, selepas Pilihan Raya nanti, kedua-dua calon ini akan terus menjadi wakil rakyat.

“Hazland dan Fazzrudin akan terus menjadi wakil rakyat, insya-Allah,” katanya.

Pada PRN-11, Dr Hazland dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memenangi kerusi Demak Laut dengan 8,539 undi menentang Mohamad Fidzuan Zaidi dari Parti Amanah Negara (Amanah), yang hanya memperoleh 1,157 undi.

Manakala, Fazzrudin juga berjaya meraih kemenangan dengan majoriti 8,055 undi setelah mendapat 10,942 undi menewaskan Norhanim Moksen (PKR) yang hanya mendapat 2,887 undi.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak