PRN Sarawak: Lina Soo sedia bertanding di Padungan

KUCHING: Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Lina Soo memberitahu bahawa dirinya akan bertanding sebagai calon di Dun Padungan.

Manakala Pengerusinya, Buln Ribos bertanding untuk kawasan Serembu.

Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Lina Soo

Secara keseluruhan menurut Lina, parti Aspirasi akan menghantar sekurang-kurangnya 20 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang akan datang.

“Parti Aspirasi akan bekerjasama dengan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) untuk PRN kali ini dan akan meraih kemenangan sebanyak mungkin pada setiap kerusi yang dipertandingkan.

“Calon akan diletakkan di kawasan Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu untuk bertanding dan maklumat selanjutnya akan diumumkan secara rasmi esok (29 November) berkaitan dengan nama yang dicalonkan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Parti Aspirasi Sambutan Jublee Perak, di sini, hari ini.

Tambahnya, Parti Aspirasi akan fokus kepada kawasan di bandar dan separuh bandar manakala PBDSB akan bertanding untuk kerusi dayak bagi wilayah tengah dan kawasan atas.

Suara Sarawak