Pusat pengumpulan dan pemprosesan kopi bakal dibina di Padawan

PADAWAN: Sebuah pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan (CPPC) biji kopi dirancang dibina di sini.

Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata, tapak pembinaan CPPC tersebut telah dikenal pasti dan akan dibina berdekatan kawasan Klinik Kesihatan Bayur.

Katanya, pembinaan pusat itu kelak akan memudahkan petani kecil di daerah kecil tersebut untuk menjual hasil tuaian mereka disamping menjana pendapatan.

“Sekiranya CPPC ini siap dibina, kita akan menjemput para usahawan dan membuat tender secara terbuka untuk sektor swasta mengendalikan pusat tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Input Pertanian di bawah Program Fasiltasi Pertanian Dun Mambong di Dewan Serbaguna Kampung Assum, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Dr Jerip yang juga Adun Mambong menyerahkan 638 anak pokok kopi baka Liberika kepada Persatuan Bidayuh Tebiya dan lain-lain input pertanian seperti baja, alat penyembur dan mesin pemotong rumput.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak