Rumah dua tingkat di Jalan Muhibbah terbakar, pagi tadi

KUCHING: Sebuah rumah dua tingkat di Jalan Muhibbah, di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.56 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dibantu lapan anggota BBP Batu Lintang bergegas ke lokasi.

”Komander Operasi memaklumkan kebakaran melibatkan rumah dua tingkat jenis tidak kekal telah terbakar 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.23 pagi.

HANGUS.. rumah dua tingkat jenis tidak kekal hangus 60 peratus.
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak