Rumah pekerja di Lorong 7, Bintawa Village musnah terbakar

KUCHING: Sebuah rumah pekerja berstruktur kayu di Lorong 7, Bintawa Village di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.27 petang.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan 11 anggota dari BBP Padungan bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan bomba membuat “fire brake” dengan bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran dua nozel pada jarak 100 kaki dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.54 petang.

“Operasi tamat pada jam 2.51 petang dengan tiada mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, punca kebakaran serta taksiran kerugian dan diselamatkan, masih dalam siasatan.

MUSNAH… Rumah pekerja yang terbakar sepenuhnya dalam kejadian kira-kira jam 1.27 petang hari ini.
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak