Sarawak catat 540 kes, 9 kematian sehingga 3 November

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 540 kes harian positif Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat hari ini adalah 242,592.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 534 kes adalah daripada kategori 1 dan 2 manakala 6 kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 174 kes, diikuti Miri (126), Sibu (54), Bintulu (32), Limbang (23), Serian (18), Samarahan (12), Kanowit (9), Daro (8), Kapit (7), Bau (7), Tanjung Manis (6), Pusa (6), Sri Aman (5), Betong (5), Belaga (5), Saratok (5), Lundu (5), Sarikei (3) dan Dalat (3).

“Seterusnya, Mukah, Kabong, Simunjan, Subis, dan Tebedu masing-masing tiga kes, Selangau (2), Marudi (2), Matu (2), Song (1), Asajaya (1), Julau (1), Beluru (1), Bukit Mabong (1) dan sebauh (1).

Tambah JPBN, jumlah kes kematian ialah sembilan iaitu dua di bahagian Samarahan dan dua di Limbang, dan masing-masing merekodkan satu kes kematian di bahagian Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, dan Bintulu.

Di samping itu, tiada kluster baharu atau kluster tamat diisytiharkan hari ini menjadikan hanya 27 kluster sahaja yang masih aktif di negeri ini.

Menerusi kenyataan yang sama JPBN memberitahu, tiga lokaliti di Sarikei telah ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Rumah Andy Bayong, Rumah Empin Sungai Bayong dan Rumah Soon Ugap Sungai Sibau Bayong setakat hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak