Sebastian kekal bertanding di DUN Piasau

KUCHING: Penyandang kerusi Piasau Datuk Sebastian Ting menegaskan beliau akan kekal bertanding di Dun tersebut pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN) Sarawak.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu mengesahkan dirinya antara tujuh penyandang SUPP yang kekal mempertahankan kerusi masing-masing.

“Manakala majoriti lagi calon SUPP yang akan bertanding terdiri daripada muka baharu.

“SUPP akan diberikan 20 kerusi daripada jumlah keseluruhan 82 kerusi dalam piliha raya ke-12 nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran B-E Data di sini, hari ini.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak