Sebuyau bakal miliki bandar baharu

KUCHING: Pembangunan di Sebuyau semakin rancak apabila sebuah bandar baharu bakal dibina di kawasan tersebut.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, tapak pembinaan berkenaan sudah dikenal pasti.

“Kita akan membangunkan Bandar Baharu Sebuyau dengan konsep yang sama seperti yang dibangunkan di Serian.

“Di sini juga nanti akan dibangunkan skim perumahan mampu milik di bawah Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA).

“Manakala Borneo Development Corporation (BDC) akan membina pusat pentadbiran di sini. Saya akan membuat satu pengumuman mengenai Sebuyau apabila saya datang kelak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Bandar Baharu Sebuyau di Sebuyau, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak