SFA perkenal format baharu

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) memperkenalkan format baharu untuk penganjuran Liga Serian 2022, dengan skala yang lebih besar.

Presiden SFA, Phillip Jabu berkata ia dibahagi kepada empat zon iaitu Serian, Balai Ringin, Tebedu dan Siburan.

“Pembaharuan ini bagi merancakkan pentas saingan Liga Serian untuk musim depan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata ia juga sebagai pendekatan lebih komprehensif bagi mengesan bakat pemain muda.

“Melalui pendekatan seperti ini kita akan dapat melihat lebih ramai pemain segenap ceruk khususnya di Serian turun beraksi,” katanya.

Menariknya saingan Liga Serian 2022, perlawanan peringkat zon berlangsung serentak mengikut jadual yang akan ditetapkan.

Hanya juara dari setiap zon akan berentap diperingkat akhir juara-juara.

Suara Sarawak