Simpan 135 gambar lucah, lelaki didenda RM4,000

KUCHING: Padah menyimpan 135 keping gambar bahan lucah di dalam telefon pintar, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan atau denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Dudi M., 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didapati melakukan perbuatan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuching kira-kira jam 2.45 petang, 21 Disember 2019.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, bekas kekasih tertuduh telah membuat laporan polis kerana tertuduh menyebarkan video lucah mereka di media sosial.

Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin memohon mahkamah dikenakan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak