SOP PRN-12 Sarawak sedang dikemaskini

KUCHING: Garis Panduan Pencegahan Covid-19 bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak sedang dikemaskini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

Katanya ia melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“Garis panduan ini akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan nanti,” katanya selepas Mesyuarat Khas bagi PRN-12 Sarawak, di sini hari ini.

Sementara bagi menjalankan proses PRN-12 Sarawak, Abdul Ghani berkata SPR telah melantik 82 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan dibantu oleh 249 orang Penolong Pegawai Pengurus.

Manakala bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, beliau berkata SPR juga menubuhkan 155 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

“Pasukan PP-KPR ini akan dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak PDRM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding,” kataya.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak