STA hantar tiga pasukan berentap NTL 2022

KUCHING: Sarawak akan menyertai tiga kategori pada Liga Sukan Touch Kebangsaan (NTL) 2022 iaitu lelaki terbuka, wanita terbuka, dan campuran.

Presiden Persatuan Sukan Touch Sarawak (STA) Hafisz Rachman Drahman berkata, keputusan untuk menghantar tiga pasukan dalam kejohanan terbabit diambil kira ekoran penundaan liga NTL ke tahun hadapan (Februari 2021).

Jelasnya, ia sekaligus membuka peluang untuk STA menyediakan dua lagi pasukan dalam kategori terbuka lelaki dan terbuka wanita ke kejohanan itu nanti.

“Pasukan campuran (STA) telahpun dibentuk dan bersiap sedia dalam persiapan NTL yang sepatutnya dianjurkan pada 11 dan 12 Disember ini, namun tarikh ditunda atas faktor-faktor pandemik Covid-19 yang melanda tuan rumah (Putrajaya).

“Kita melihat ia (penundaan) sebagai peluang STA untuk menyiapkan pasukan lebih mantap untuk kejohanan itu kelak,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan atlet STA di padang C Petra Jaya semalam.

Tambah Hafisz, fokus utama pihaknya menyertai kejohanan adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain terlibat.

“Memang terdapat pemain dalam pasukan berpengalaman tetapi masih banyak perkara yang perlu mereka pelajari,” katanya.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak