SUFC: Terpulang kepada pemain untuk kekal atau tidak – Elavarasan

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC), E.Elavarasan menegaskan, terpulang kepada pemain untuk kekal dalam skuad terbabit pada musim depan atau sebaliknya.

Menurut Elavarasan, masa depan pemain terletak di tangan mereka sendiri.

“Terpulang kepada pemain adakah mahu kekal bersama SU FC untuk musim depan atau sebaliknya.

“Kita tiada hak untuk semua itu, lagipun sebagai seorang yang profesional mereka lebih tahu mengenai perkara itu,” ujar Elavarasan kepada Arena Suara Sarawak.

Tambahan pula, perkara itu diluar bidang kuasa dirinya dan terpulang kepada pihak pengurusan SU FC menentukannya.

Dalam perkembangan lain, Elavarasan akui perlu bagi pasukan SU FC mengambil pemain karakter yang tinggi untuk bersaing dalam kancah Liga Super 2021.

“Kita tahu pentas Liga Super amat berbeza, dan saya sarankan kepada pihak pengurusan agar melihat kepada keperluan tersebut,” jelas Elavarasan lagi.

Kemunculan Elavarasan dalam skuad SU FC berjaya mencetus gelombang baharu apabila membawa pasukan SU FC muncul naib juara Liga Premier 2021 sekali gus naik pangkat ke Liga Super 2022.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak