SUKMA: Pongsak jurulatih baharu skuad sepak takraw wanita Sarawak

KUCHING: Pakar libas terhebat Thailand, Pongsak Taojue diumum sebagai jurulatih baharu untuk mengemudi skuad sepak takraw wanita Sukma Sarawak.

Beliau akan menggantikan bekas jurulatih sebelum ini, Sura Matwangsaeng yang meninggal dunia pada April lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi memberitahu, jurulatih dari negara gajah perang itu belum dapat memulakan tugasnya di Sarawak ekoran daripada wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

“Ekoran daripada wabak pandemik Covid-19, ini menyebabkan beliau belum dapat masuk ke Sarawak.

“Bagaimanapun, PSS telah mengambil langkah drastik dengan melantik jurulatih tempatan untuk melatih pemain buat sementara waktu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perasmian Kejohanan Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) PSS-SSC 2021 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya, pagi tadi.

Menurut Datuk Ismail, pengambilan Pongsak Taojue sebagai ketua jurulatih baharu skuad wanita lebih kepada fokus untuk membentuk kredibiliti pemain.

Sekali gus, mahu mengekalkan penguasaan pingat emas Sarawak dalam acara bergu wanita (dua orang) pemain yang pernah diraih pada Sukma Perak 2018 yang menyaksikan skuad ketika itu dibimbing mendiang Sura Matwangsaeng.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak