Tawaran diskaun 50 peratus saman trafik Disember ini

KUCHING: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak menawarkan tawaran diskaun 50 peratus bagi bayaran saman bermula 1 hingga 14 Disember ini.

Bagaimanapun, diskaun dikecualikan bagi saman tidak mematuhi lampu isyarat merah, lorong kecemasan, potong secara berbahaya, memotong di garisan berkembar, kemalangan, dalam perbicaraan, tidak boleh kompaun, kesalahan berkaitan lori, dan pengubahsuaian ekzos.

Orang ramai yang ingin membuat pembayaran boleh ke pergi ke kaunter saman semua Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Sarawak.

Kesemua pejabat pembayaran pada tarikh ditetapkan akan dibuka setiap hari kecuali pada Sabtu dan Ahad bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 3 petang.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak