Tenaga hidrogen: Tiga negara melabur di Sarawak

KUCHING: Sarawak bakal menjadi pengeluar tenaga hidrogen untuk negara Jepun, Korea Selatan dan Australia, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, ia susulan negeri ini sudah mempunyai perjanjian dengan ketiga-tiga negara tersebut yang hendak melabur dalam pengeluaran hidrogen.

“Saya rasa mereka sudah membuat penyelidikan dan tahu bahawa negeri ini mempunyai sumber. Hanya satu perkara iaitu teknologi untuk memproses tenaga tersebut kepada hidrogen.

“Walaupun pada mulanya mungkin elektrolisis atau proses mendapatkan hidrogen daripada air ini mahal, saya telah membaca bahawa dalam satu tempoh lima ke 10 tahun lagi, kos ini akan menurun, maka kita akaan menjadi sumber yang dapat mengeluarkan hidrogen dengan banyak.

“Hidrogen ini akan menjadi tenaga pada masa hadapan, iaitu bermula tahun 2030 hingga 2050,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Stesen Pelbagai Bahan Api yang akan membawa jenama Petroleum Sarawak Berhad (Petros) di Batu Kawah, hari ini.

Menyedari bahawa hidrogen akan menjadi tenaga masa depan, Abang Johari berkata Sarawak berada di landasan dan visi yang tepat untuk menjadi pengeluar hidrogen utama di rantau ini.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga penyandang kerusi Dun Batu Kawah Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Pengerusi SEDC Tan Sri Abdul Aziz Hussain; Pengerusi Petros Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo; dan lain lain.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak