TH serah zakat RM1.9 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak

KUCHING: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat TH berjumlah RM1,988,927.04 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), di sini, hari ini.

Bayaran zakat bagi Sarawak untuk tahun itu mencatatkan peningkatan berbanding sebanyak RM1,691.985.29 pada tahun 2019.

Penyerahannya cek replika daripada Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak Datin Nurlaila Said kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha itu disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu majlis ringkas berlangsung di Wisma Bapa Malaysia.

Menurut Nurlaila, TH sentiasa mengutamakan aspek kelestarian ekonomi ummah dan pembayaran zakat bagi meningkatkan kebajkan masyarakat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi golongan asnaf.

“Di samping itu, TH terus giat memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosioekonomi ummah khususnya di negeri ini.

“Oleh itu, kita berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh TBS ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka Sarawak bagi kelestarian ekonomi golongan asnat,” ujarnya.

Turut hadir Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak