Tiada yang terpinggir terima bantuan

KUCHING: Tiada yang terpinggir daripada menerima bantuan termasuklah golongan miskin di bandar.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kemiskinan bandar juga harus diberikan fokus selain daripada kemiskinan luar bandar yang turut menjadi isu kini.

Katanya, kemiskinan bandar menjadi isu kini ekoran migrasi yang berlaku dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.

“Di luar bandar juga ada golongan yang memerlukan, begitu juga di bandar.

“Tetapi kita mesti tahu sekarang ini, kemiskinan bandar itu juga harus diberikan fokus,” katanya dalam program ‘Giving Love, Grateful Heart’, hari ini.

Jelasnya, ini kerana, sesetengah masyarakat tidak menerima pendidikan yang tinggi kemudian mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang kecil dan terpaksa tinggal di tempat tinggal yang tidak kondusif.

Sementara, program menyaksikan penyerahan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.

Antara sumbangan lain yang disampaikan adalah penyerahan mok cek bernilai RM181, 500 kepada PBSM Daerah Kuching untuk ambulans baharu, manakala penyerahan mok cek bernilai RM300, 000 kepada Persatuan Sayangi Buku Kuching untuk Bas Perpustakaan Bergerak Baharu.

Kesemua bantuan ini adalah tajaan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) 38 Yayasan Amal Cinta.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak