Tiga rumah panjang, sebuah sekolah terputus hubungan

BETONG: Tiga rumah panjang dan sebuah sekolah rendah di kawasan Lidong terputus hubungan jalan raya apabila air melimpah setinggi tiga kaki di atas jalan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Betong, Vincent Baling Yabi berkata, ia melibatkan jalan ke Rumah Panjang Kejemut, Tembong, Tabut dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tabut.

“Pemantauan kira-kira 2.30 petang tadi mendapati jalan masuk ke rumah panjang dinaiki air dengan ketinggian lebih kurang tiga kaki sekaligus menyebabkannya tidak dapat dilalui kenderaan oleh sebab keadaan air dalam,” katanya selepas sesi rondaan ke kawasan berisiko banjir di sini, hari ini.

SK Issu Bangat

Selain itu jelasnya, antara kawasan lain yang turut terjejas ialah Jalan Lipat Ulu, Rumah Panjang Kaong dan SK Issu Bangat.

“Di jalan Lipat Ulu tidak dapat dilalui dan kawasan tepi jalan dinaiki air lebih kurang tiga kaki. Bagaimanapun, rumah panjang terbabit dapat dilalui dengan berjalan kaki mengunakan jalan Lipat Lama.

“Sementara bagi Rumah Panjang Kaong, keadaan rumah yang dimasuki air semalam sudah surut.

“Manakala keadaan di SK Issu Bangat masih di naiki air,” ujarnya.

Tambah Vincent, keadaan air menahan di kesemua kawasan tinjauan.

PEMANTAUAN oleh pasukan Bravo di Sungai Lidong.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak