TYT rasmi masjid baharu Daro

DARO: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merasmikan masjid baharu Daro, sejurus selesai menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat Islam di sini, sebentar tadi.

Beliau tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 12.11 tengah hari sambil diiringi Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi; Adun Daro Safiee Ahmad dan Mufti Negeri Datuk Kipli Yassin.

Kehadiran beliau disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Perasmian masjid bernilai RM9.5 juta tersebut amat bermakna dan ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam Daro.

Projek masjid itu pertama kali dilaksanakan pada April 2019 dan sepatutnya siap pada Mei 2021 namun terpaksa ditangguhkan sementara ekoran penularan pandemik Covid-19.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak