Warga emas ditahan, disyaki terlibat pergaduhan di Tudan

MIRI: Polis menahan seorang lelaki warga emas pada pagi semalam kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan yang berlaku pada hari sebelumnya di Tudan Desaras Fasa 6, di sini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilaporkan cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Miri.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACp Hakemal Hawari, suspek berumur 63 tahun ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sejurus menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.30 malam Ahad.

“Polis turut merampas sebuah kerusi besi dan meja kayu dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Laporan awal mendedahkan kejadian berlaku ketika sesi minum di rumah suspek di Tudan Desaras

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak