Amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 7 malam ini

KUCHING: Penduduk di Sarawak dinasihatkan untuk berhati-hati susulan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan petang ini.

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 3.30 petang tadi, ribut petir membabitkan bahagian Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Keadaan ribut petir ini diramalkan sehingga jam 7 petang ini.

Suara Sarawak