Gerald Rentap memperbaiki majoriti kemenangan

BETONG: Ketua Pergerakan Pemuda PBB Datuk Gerald Rentap Jabu yang juga calon GPS bagi Dun Layar berjaya memperbaiki majoriti kemenangan lebih baik pada PRN-12 iaitu dengan majoriti 2,039.

Beliau memperoleh 3,891 undi menewaskan lawannya Isik Utau daripada PSB yang hanya mendapat 1,852 undi.

Berbanding PRN-11 ketika menentang Vernon Albert Kedit, beliau ketika itu hanya memperoleh 1,428 majoriti.

Pengumuman rasmi keputusan malam tadi dibuat oleh Pegawai Pengurus SPR bagi Dun Layar Sofhi Jebal.

Beliau terdahulu pada sebelah pagi membuang undi di SK Nanga Ajau.

Suara Sarawak