1,068 pengundi dijangka mengundi SK Petra Jaya

KUCHING: Sekitar 1,068 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka di sini hari ini di SK Petra Jaya.

Melalui tinjauan, beberapa pengundi hadir awal selepas pusat mengundi dibuka pada jam 7.30 pagi tadi.

Pusat mengundi SK Petra Jaya akan dibuka sehingga 5.30 petang hari ini.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan pada 3 November.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Disember sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

Dianggarkan kira-kira 1.2 juta pengundi Sarawak dijangka keluar mengundi hari ini.

Suara Sarawak