Aidel selesai tunai tanggungjawab

SADONG JAYA: Calon Gabung Parti Sarawak (GPS), Ir Aidel Lariwoo menunaikan tanggungjawab membuang undi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, Sadong Jaya sebentar tadi.

Beliau yang juga penyandang bagi kerusi Dun Sadong Jaya itu tiba di pusat mengundi tersebut seawal jam 7.30 pagi ditemani isteri Dayang Ernie Awang Hashim

“Baru sahaja selesai menunaikan tanggungjawab. Dan, saya berharap proses pengundian di semua pusat mengundi dalam Dun Sadong Jaya berjalan lancar,” ujar Ir Aidel yang ditemui sebaik keluar dari pusat mengundi berkenaan.

Kerusi Dun Sadong Jaya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Ir Aidel Lariwoo yang akan ditentang Nur Khairunisa Abdullah (PSB), Piee Ling (PKR) dan Jolhi Bee (PBK).

Suara Sarawak