Ambil tahu tips keselamatan musim banjir

KUCHING: Rakyat Malaysia diminta untuk lebih berhati-hati dan berwaspada khususnya ketika berlaku bencana banjir susulan negara masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara tersebut penting kerana negara sedang berhadapan dengan dua tragedi serentak iaitu banjir besar dan Covid-19.

“Tolong pastikan anak-anak anda tidak dibiarkan bermain dengan air banjir.  “Perkara tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk jangkitan wabak Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan rakyat juga perlu mengikuti tip keselamatan banjir yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebagai salah seorang yang dipertangunggjawabkan untuk menjaga keamanan negara dan rakyat Malaysia saya tidak akan jemu mengingatkan kepada semua untuk sentiasa menjaga diri dan seluruh ahli keluarga.

“Kerana dengan cara itu barulah kita boleh membantu menjaga keharmonian negara dan juga membantu membangunkan semula negara kita,” ujarnya.

Suara Sarawak