ART Kuching/Samarahan dijangka beroperasi pada 2025

KUCHING: Sistem Transit Aliran Automasi (ART) Kuching melibatkan pembinaan dua jajaran laluan sepanjang 52.6 km.

Menurut Pengerusi GPS  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Ketua Menteri, ART dijangka beroperasi pada 2025.

Katanya ketika melancarkan Manifesto GPS pada malam Rabu, buat masa ini, kerja-kerja reka bentuk sedang dilaksanakan.

“Pembinaan dijangka bermula pada tahun hadapan, iaitu suku tahun ketiga 2022,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran manifesto yang berteraskan “Kestabilan, Kemakmuran dan Kegemilangan.”

Jelas beliau, Sarawak Metro Sdn Bhyd sebagai anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah ditubuhkan pada Feb 2018 untuk membangun dan mengurus pengoperasian ART.

ART menurut pemerhati pengangkutan berupaya mengurangkan kesesakan di laluan Samarahan-Kuching dan sebaliknya.

Ini merupakan satu daripada 110 inisiatif Abang Johari sejak menerajui Kerajaan Sarawak pada 13 Januari 2017.

Suara Sarawak