Calon baharu GPS di Dun Lingga menang

KUCHING: Dayang Noraazah Awang Sohor berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Kerusi (Dun) Lingga dengan meraih majoriti 2,273.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya memperoleh undi sebanyak 3,700 menewaskan pesaing terdekatnya Parti Sarawak Bersatu (PBK) Datuk Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman yang memperoleh 1,427 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Mohd Sepian Abang Daud memperoleh 880 undi, diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) Baha Imam 139 undi.

Manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abang Kassim Abang Bujang meraih 130 undi dan Parti Sedar Rakyat Sarawak, Abang Ahmad Abang Suni memperoleh 92 undi.

Suara Sarawak