Calon baharu GPS di Dun Tebedu menang

TEBEDU: Dr Simon Sinang Bada calon baharu GPS yang menggantikan Datuk Amar Michael Manyin Jawong berjaya mempertahankan kerusi Dun Tebedu pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak dengan majoriti 3,273 undi.

Keputusan rasmi menunjukkan Dr Simon berjaya meraih 5,082 undi.

Beliau berjaya menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendapat 1,809 undi.

Selain itu, parti yang telah hilang deposit ialah Jonathan Lantik Ok (PBK) dengan 614 undi, Senior William Rade (PKR) 610 undi, dan calon parti Bebas Roland Bangu mendapat 106 undi.

Suara Sarawak