Covid-19: 106 kes baharu di Sarawak

KUCHING: Sarawak mencatatkan sebanyak 106 kes harian positif Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat hari ini adalah 251,038.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 38 kes adalah kategori 1, manakala 66 kes merupakan kategori 2, masing-masing 1 kes melibatkan kategori 4 dan 5.

“Daerah Miri mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 34 kes, diikuti Kuching (32), Limbang (10), Bintulu (7), Sibu (6), Sarikei dan Lawas (3), Mukah, Serian, Lundu (2), Samarahan, Daro, Pusa, Dalat dan Julau masing-masing satu kes,” katanya.

Tambah JPBN, hanya satu kes kematian dilaporkan pada 22 November lalu melibatkan lelaki berusia 69 tahun dari Sarikei.

Sementara itu, tiada kluster baharu ditamatkan sehingga hari ini.

Suara Sarawak