Covid-19: Hanya 35 kes baharu direkod Sarawak hari ini.

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 35 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 252,129 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sebanyak tujuh kes adalah kategori 1, kategori 2 (26 kes) dan kategori 5 (2 kes).

“Daerah Kuching mencatatkan 10 kes, diikuti Lawas (8), Sibu (empat), Miri dan Serian (tiga), manakala masing-masing satu kes di Bintulu, Lundu, Simunjan, Sarikei, Samarahan, Limbang dan Matu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, JPBN berkata tiada kematian dan kluster baharu yang dilaporkan.

Suara Sarawak