Covid-19: Sarawak catat 121 kes baharu, empat kematian

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 121 kes baharu positif Covid-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sejumlah 250, 841.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 118 kes merupakan kategori 1 dan 2, manakala tiga kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 47 kes, diikuti Sibu (19), Miri (13), Bintulu (11), Serian (9), Limbang (4), Samarahan (3), Lawas (3), Lundu (3), Simunjan (3), Subis (2), Bau (1), Betong (1), Mukah (1) dan Telang Usan (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah JPBN, sejumlah empat kes kematian dilaporkan iaitu satu kes di Bahagian Miri (24 November), dua kes di Sibu (27 dan 28 November) dan satu kes di Kuching (30 November).

Di samping itu, dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Putai 2 Bukit Mabong dan Kluster Ensurai, Limbang menjadikan hanya dua kluster masih aktif setakat ini.

Suara Sarawak