KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 24 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 252,199.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, 11 kes merupakan kategori 1 manakala 13 kes melibatkan kategori 2.
“Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak lapan kes diikuti Sibu (6), Lawas (5), Sarikei (2), dan masing-masing satu kes di Miri, Kapit dan Tatau” katanya.
Dalam perkembangan yang sama kata JPBN, tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan setakat hari ini.