Enam dikompaun langgar SOP PRN-12

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak mengeluarkan enam kompaun ke atas mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata kompaun iu dikeluarkan dalam tempoh 6 hingga 12 Disember ini.

“Kesalahan-kesalahan ini adalah di bawah Akta 342 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021).

“Jumlah kompaun terkumpul adalah sebanyak RM31,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara, beliau berkata bagi tempoh 30 November sehingga 12 Disember ini, sebanyak 39 kertas siasatan telah dibuka berkaitan dengan PRN-12.

Manakala, Mancha berkata dalam tempoh 6 hingga 12 Disember ini, sebanyak 1,837 permohonan bagi mendapatkan permit polis telah diterima dan diluluskan kepada calon-calon dan parti-parti yang bertanding di seluruh Sarawak.

Suara Sarawak