Gemuruh pertama kali mengundi

MUKAH: Cuaca di Mukah pagi ini kelihatan mendung setelah hujan lebat turun malam tadi.

Bagaimanapun ia tidak menghalang pengundi untuk turun mengundi pada PRN-12 kali ini.

Pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Petanak Mukah menjadi tumpuan hari ini apabila dua calon Royston Valentine dari Gabungan Pasti Sarawak (GPS) dan Zainuddin Budug dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) bakal membuang undi di sini.

Masing-masing dari Kampung Petanak kedua-dua calon ini bakal tiba di sini pada jam 8 pagi sebelum tengah hari.

Tinjauan Suara Sarawak ke lokasi mendapati pengundi telah berbaris seawal jam 7.00 pagi menunggu pintu sekolah dibuka pada jam 8.00 pagi ini.

Manakala bagi calon bagi Parti Sarawak Bersatu (PSB) Sait Junaidi bakal mengundi di SK Datuk Awang Udin dan bagi calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Arwin Lim Abdullah akan mengundi di Sk Kampung Jebungan.

Pengundi dinasihati untuk membawa payung kerana keadaan cuaca mendung dan berkemungkinan hujan turun, namun diharapkan keadaan berada dalam keadaan baik.

Famela Saga 27 dari Kampung Petanak Mukah yang pertama kali mengundi pada kali ini berasa gemuruh dan berharap wakil rakyat yang dipilih pada kali ini dapat terus membangunkan Dun Tellian sedia ada.

Pada jam 7.30 pusat pengundian telah dibuka untuk pendaftaran dan pada jam 8.00 pagi proses mengundi dimulakan.

Suara Sarawak