GPS akan pastikan Sarawak negeri maju menjelang 2030

BAU: Sarawak akan menjadi sebuah negeri maju di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam lima tahun akan datang, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Menurut calon GPS Batu Kawah itu, semua pembangunan tersebut diyakini dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya pengundi turun memberi undi kepada calon GPS kelak.

“Esok, pastikan undi diberikan kepada calon GPS supaya segala rancangan untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030 dapat dicapai.

“Malah semua masalah yang pernah dialami Sarawak sejak 58 tahun lalu tidak akan wujud lagi,” katanya pada Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai, di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan GPS sentiasa mengutamakan rakyat dalam semua perkara demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terjaga.

Beliau turut orang ramai supaya turun mengundi dan melaksanakan tanggungjawab bersama untuk memilih kerajaan yang terbaik untuk memimpin bagi tempoh lima tahun dan seterusnya.

Suara Sarawak